TERMA DAN SYARAT MENJADI DROPSHIP JEANE COLLECTION

SYARAT- SYARAT MENJADI DROPSHIP JEANE COLLECTION

Kepada pelanggan yang berminat menjadi DROPSHIP Jeane Collection, dibawah berikut adalah beberapa syarat sebagai dropship:-

  1. YURAN PENDAFTARAN: RM50 sekali seumur hidup
  2. Dropship hendahlah menjual melebihi Rm1,000.00 sebulan.
  3. Setiap item yang terjual, anda akan mendapat KOMISYEN sebanyak 10%.
  4. Jika tidak mencapai jumlah RM1,000.00 keatas, maka anda akan dikategorikaan sebagai pelanggan biasa.
  5. Semua gambar dan details akan diberikan melalui channel Telegram atau email.
  6. Semua dropship dikehendaki mempunyai applikasi TELEGRAM bagi memudahkan untuk perkongsian maklumat dan gambar.
  7. DROPSHIP perlu mendaftar dengan mengisi maklumat yang diperlukan. Yuran pendaftaran DROPSHIP JEANE COLLECTION adalah sebanyak RM50.00 untuk mendapatkan “ID” Dropship.
  8. Yuran ini dikenakan hanya sekali seumur hidup dan tidak akan dikembalikan sekiranya anda menarik diri. Pembayaran boleh dibuat ke akaun rasmi TPGROUP
  9. Harga penjualan mungkin akan berubah dari semasa ke semasa. Mohon dropship rujuk terlebih dahulu harga dan stock di laman web rasmi www.jeane.com.my.
  10. “ID” hanya boleh digunakan oleh pemegang akaun sahaja. Tidak boleh ditukar milik.
  11. Sekiranya dropship mempunyai blog / laman sosial yang digunakan untuk tujuan promosi produk Jeane Collection, sila maklumkan pada kami.
  12. Dropship wajib mempunyai smartphone untuk tujuan promosi menggunakan aplikasi laman sosial seperti “whatsapp”, “telegram”, mempunyai email, facebook dan instagram.
  13. Sebarang gambar/video untuk tujuan pemasaran, akan dibekalkan oleh pihak Jeane Collection melalui TELEGRAM Jeane Collection.
  14. Dropship Jeane Collection harus memastikan gambar/video yang dipamerkan di mana- mana laman sosial adalah berkualiti.
  15. Ketika membuat pesanan, dropship perlu mengisi maklumat NAMA, ALAMAT, EMAIL dan NO TELEFON pelanggan sebelum ‘CONFIRM ORDER’.
  16. Buku panduan manual penggunaan website akan diberikan melalui email setelah pendaftaran dropship selesai.
  17. Penjualan melebihi atau kurang dari harga yang ditetapkan adalah dilarang. Jika ini berlaku, keahlian anda mungkin akan ditarik semula.
  18. Barang hanya akan dihantar setelah pembayaran selesai.
  19. Jeane Collection tidak akan menanggung kos penukaran, dan sebarang urusan penukaran hendaklah di emailkan kepada order@jeane.com.my di atas budi bicara.
  20. Semua item akan dihantar kepada pihak courier pada setiap hari bekerja. Pesanan yang dibuat sebelum 2petang akan dipos pada hari yang sama. Manakala pesanan yang dibuat selepas 2petang akan dipos pada keesokan hari bekerja. ( Bergantung pada jumlah order pada hari tersebut )

KELEBIHAN MENJADI DROPSHIP JEANE COLLECTION

  1. Dropship akan menikmati komisyen 10% untuk setiap item yang dijual.
  2. Jika anda mencecah jumlah jualan melebihi RM10,000.00 sebulan anda secara automatik akan bertukar dari Dropship ke agent Jeane Collection, dan layak menerima keistimewaan sebagai agent.
  3. Tidak perlu modal.
  4. Tidak perlu menyimpan stok produk.
  5. Kami akan berkongsikan tip –tip untuk meningkatkan jualan semasa ke semasa dengan setiap pengedar agar lebih proaktif dalam jualan.
  6. Mendapat keizinan menggunakan info, gambar, catalog dan sebagainya di website, facebook dan instagram Jeane Collection untuk tujuan promosi.
  7. Keahlian seumur hidup ( mengikut syarat dan terma yang telah ditetapkan. ) Tiada yuran bulanan atau yuran tahunan dikenakan.
  8. Jeane Collection hanya menerima tempahan daripada dropship melalui website rasmi sahaja.

Kepada yang berminat untuk menyertai dropship Jeane Collection, anda boleh terus mendaftar dengan menekan butang seterusnya di bawah.

Seterusnya